Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

6 11 2025 - Program 'WADIRA Healthy Lifestyle' : Bowling Tournament Grand Final 2025

Nov 12, 2025, 11:33 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

6 11 2025 - Bahagian Institusi Peserta telah mengadakan Program 'WADIRA Healthy Lifestyle' : Bowling Tournament Grand Final 2025 dengan kerjasama Koperasi Generasi ke 2 FELCRA Berhad diadakan dengan jayanya. Sebanyak 6 Negeri daripada 9 Negeri iaitu FELCRA Utara, Perak, Tengah, Johor, Pahang dan Terengganu telah berjaya mara ke peringkat akhir yang telah diadakan di Wangsa Bowl @ Wangsa Walk, Kuala Lumpur. Program ini turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ahli-ahli WADIRA di seluruh Negeri. Program ini telah dimulakan dengan Gimmick Balingan Ten Pin oleh Tuan Haji Zainul Anzaid bin Haji Seman, Timbalan Pengarah Institusi Peserta serta turut disertai oleh staf Ibu Pejabat, Negeri, Pengurus Kawasan, SE kawasan dan ahli Wadira berkenaan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohammad bin Ab. Rahman, Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad serta turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengarah Hal Ehwal Peserta.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memperkasakan gaya hidup wanita dan juga mementingkan kesihatan dengan bersukan selain kesibukan dengan rutin harian. Program ini juga dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli WADIRA dan Pengurusan FELCRA Berhad dan pencarian bakat dalam bidang sukan boling khususnya.
Keputusan pemenang adalah seperti berikut:
WADIRA Pahang Tenggara, Pahang - Johan
WADIRA Seberang Perak, Perak - Naib Johan
WADIRA Sg Sepuluh - Ketiga
Pemain Terbaik (WADIRA) - Pn Habsah Hashim (WADIRA Pahang Tenggara)

577198034_122192350814341114_8210566585477364210_n