Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

6 12 2025 - kunjungan rasmi Dato' CEO ke FELCRA Berhad Kawasan Sentosa.

Dec 23, 2025, 14:34 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
6 12 2025 - YBhg. Dato’ Idris Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, hari ini telah melakukan kunjungan rasmi ke FELCRA Berhad Kawasan Sentosa — lokasi yang menjadi titik permulaan perjalanan kerjaya beliau bersama FELCRA. Lawatan ini membawa Dato’ mengimbau kembali pengalaman awal yang membentuk asas kepimpinan beliau, di samping berpeluang berkongsi aspirasi serta menghargai dedikasi warga kerja yang sentiasa komited memacu kecemerlangan organisasi.
Dalam kunjungan tersebut, YBhg. Dato’ turut merasmikan Majlis Pecah Tanah pembangunan Surau FELCRA Berhad Kawasan Sentosa. Pembangunan surau ini mencerminkan usaha berterusan FELCRA untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti melalui penyediaan kemudahan ibadah yang lebih selesa dan kondusif untuk warga kerja.
Yang lebih bermakna, kunjungan ini juga berlangsung pada hari terakhir YBhg. Dato’ Idris Lasim berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad. Seluruh warga FELCRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang perkhidmatan, serta mendoakan agar beliau terus diberkati dan dikurniakan kesihatan yang baik.

593893345_1448541663941498_5383301039839087230_n