Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

6-8.10.2023 - Bengkel Kecemerlangan & Teknik Jawab Soalan SPM bagi tahun 2023 Fasa 2

Oct 18, 2023, 11:17 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

6-8.10.2023 - Yayasan FELCRA bersama rakan strategik Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan & Teknik Jawab Soalan SPM bagi tahun 2023 Fasa 2 pada 6-8 Oktober 2023 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan.

Eksekutif Kanan Unit Perolehan FELCRA Berhad Wilayah Pahang, Puan Ros Akashur binti Saidin mewakili Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Pahang telah merasmikan majlis penutup Bengkel Kecemerlangan & Teknik Jawab Soalan SPM bagi tahun 2023 .
Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar sekitar Negeri Pahang termasuk dikalangan anak dan cucu peserta FELCRA Berhad. Ini merupakan tahun kedua kerjasama di antara Yayasan FELCRA dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Yayasan FELCRA dan GPMS akan terus berusaha membantu anak-anak masyarakat luar bandar untuk terus mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Turut hadir Pengurus Operasi Yayasan FELCRA, Puan Faridah binti Mat Rashid dan Pengerusi GPMS Negeri Pahang, Encik Wan Muhammad Hafizul bin Wan Ismail.
386543517_668056455422856_1866268151885957456_n