Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

Pelancaran Pembukaan Rasmi DesaMall KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar).

Sep 7, 2020, 11:32 AM
B Menteri turut diperkenalkan kepada para Peserta yang komited, teguh dan kukuh bekerjasama dengan FELCRA Berhad dalam membangunkan FELCRA Sg Ara walaupun di duga dengan pelbagai cabaran.
News Source Url : https://www.facebook.com/felcraberhad.official/
Select a news type : Internal News

118702743_2713831372190582_8965469476684963880_o  118651521_2713831608857225_2857496762903995736_o  118870520_2713831022190617_5894898060265349500_o  118886009_2713830878857298_7019122583386965574_o
 
Ahad 6 September 2020 - YB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar telah melancarkan Pembukaan Rasmi DesaMall KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar).

Turut hadir meraikan adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg Dato' Dr Ahmad Jailani bin Muhammed Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli.

En Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad dan isteri beliau, Pn. Emilia Rosemawati Uzir, turut hadir di perasmian tersebut dan berpeluang membawa YB Menteri, KSU, TKSU dan dif-dif kehormat lain berkunjung ke Gerai Gabungan WADIRA (Pertubuhan Wanita FELCRA Dinamis) FELCRA Daerah Mersing dan FELCRA Sg. Ara, di mana rombongan berpeluang mencuba sendiri pelbagai produk unik keluaran WADIRA. Produk-produk WADIRA akan turut tersedia di Desamall KPLB untuk pembelian orang awam.

Seusai acara perasmian tersebut, YB Menteri dan rombongan KPLB dibawa oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad dan isteri berkunjung dan beramah-mesra dengan para Peserta Felcra Sg. Ara, Kota Tinggi, Johor, di satu acara penuh meriah dan akrab dihoskan oleh Ketua Peserta FELCRA Sg Ara, En. Khalid bin Md. Lip bersama barisan AJKP FELCRA Sg Ara dan Pengurusan Kanan FELCRA Berhad.

Di sesi ramah-mesra tersebut, YB Menteri turut diperkenalkan kepada para Peserta yang komited, teguh dan kukuh bekerjasama dengan FELCRA Berhad dalam membangunkan FELCRA Sg Ara walaupun di duga dengan pelbagai cabaran.

YB Menteri berkongsi bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah pun mengorak langkah memacu pelbagai program baru dan dinamik demi mengurangkan jurang pembangunan antara masyarakat bandar dan luar bandar, walaupun ada kekangan pandemik COVID-19, terutamanya dari segi digitalisasi dan peningkatan pendedahan dan penerapan teknologi dalam hidup seharian mereka.

FELCRA Berhad terus komited dalam memastikan kesinambungan perniagaan di sebalik dugaan pandemik COVID-19 demi kelestarian Para Peserta Projek FELCRA seluruh Negara.

Syarikat juga menyambut baik dan positif langkah-langkah proaktif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Kewangan dalam membantu rakyat Malaysia, khususnya masyarakat luar bandar, untuk kembali kukuh dan berkembang demi menangani cabaran ekonomi kini dan di masa hadapan.