Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

6.3.2025 - Majlis Menandatangani Nota Kolaborasi Strategik FELCRA Berhad dan Agrobank

Apr 9, 2025, 09:21 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

6.3.2025 - FELCRA Berhad berkolaborasi bersama Agrobank di Majlis Menandatangani Nota Kolaborasi Strategik FELCRA Berhad dan Agrobank bertempat di Aras 1, Wisma FELCRA Berhad.

Pemeteraian Nota Kolaborasi Strategik tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato' Idris Bin Lasim disaksikan oleh Pengerusi FELCRA Berhad, YBhg. Dato' Sri Ahmad Jazlan Bin Yaakub dan Presiden Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Yang Mulia Dato' Tengku Ahmad Badlishah Raja Hussin disaksikan oleh Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank, YBrs. Encik Syed Hairul Anuar Bin Syed Fadzil.
Melalui Pemeteraian Nota Kolaborasi Strategik FELCRA Berhad dan Agrobank, Peserta FELCRA yang memilih pembiayaan perumahan melalui Agrobank akan turut diberi peluang untuk mendapatkan pembiayaan mikro. Pembiayaan mikro ini bertujuan membantu mereka menceburi dan memajukan aktiviti pertanian, sekali gus memberikan peluang ekonomi tambahan kepada komuniti FELCRA. Pembiayaan perumahan ini menjadi bukti dedikasi Agrobank dalam memperkasa komuniti peneroka di samping memacu industri pertanian melalui penglibatan aktif penduduk FELCRA.

481899382_122156554694341114_4115189799746713072_n