Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

6.7.2024 - Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad, YBhg. Tuan Mohammad Bin Ab Rahman menyantuni Usahawan Bimbingan FELCRA di Program Madani Rakyat (PMR) Zon Timur.

Jul 11, 2024, 12:21 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
6.7.2024 - Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad, YBhg. Tuan Mohammad Bin Ab Rahman menyantuni Usahawan Bimbingan FELCRA di Program Madani Rakyat (PMR) Zon Timur.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada usahawan yang telah terlibat PMR Zon Timur.
Turut mengiringi bersama Pengarah FELCRA Berhad Negeri Pahang, YBhg. Tuan Mohamad Rusli Bin Bahari, dan Timbalan Pengarah Pengurusan Keusahawanan Dan Sosio Ekonomi FELCRA Berhad, YBrs. Puan Dina Alfha Binti Arund.
Jangan lupa berkunjung ke Bazar Rakyat FELCRA Berhad dan Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur.
Orang Pahang, Terengganu dan Kelantan dijemput beramai-ramai ke Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur yang telah bermula 5 Julai 2024 sehingga 7 Julai 2024 (Jumaat - Ahad), mulai pukul 9.00 pagi di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dibawakan untuk seisi keluarga. Antaranya:
📣Jualan MADANI
📣Pameran waste to art
📣Kaunter semakan/ rayuan STR dan SARA
📣Karnival kerjaya.
📣Kempen derma darah.
📣Permohonan dan penggantian kad pengenalan.
📣Sesi Perundingan Percuma “Ada SIRIM Baru Beli”.
📣Aktiviti mencanting batik.
📣Pertandingan busana tradisional.
📣Pertandingan mewarna dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang ini, jumpa anda di sana!
Layari www.malaysiamadani.gov.my untuk maklumat lanjut.
449963495_122115838874341114_7507091058501855127_n