Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

8/5/2021 - Ketua Unit Tenaga Kerja Wilayah Sarawak, melihat lokasi pusat kuarantin untuk para pekerja asing baharu yang akan dihantar ke ladang-ladang FELCRA Berhad di Sarawak.

May 19, 2021, 12:04 PM
FELCRA Berhad Wilayah Sarawak antara agensi / syarikat yang telah diberikan kelulusan dan kebenaran oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membawa masuk pekerja asing bagi sektor perladangan.
News Source Url :
Select a news type : Internal News
181338721_2912196012354116_2715703693139961487_n 181483521_2912196075687443_4996812618018382459_n   182701258_2912196039020780_7595780025422587043_n

Ketua Unit Tenaga Kerja Wilayah Sarawak, Encik Rahman Bin Mat melihat lokasi pusat kuarantin untuk para pekerja asing baharu yang akan dihantar ke ladang-ladang FELCRA Berhad di Sarawak.
Untuk makluman, FELCRA Berhad Wilayah Sarawak antara agensi / syarikat yang telah diberikan kelulusan dan kebenaran oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membawa masuk pekerja asing bagi sektor perladangan.
Kerajaan Negeri Sarawak telah menetapkan tempoh kuarantin selama 14 hari setelah masuk ke negeri Sarawak. Unit Tenaga Kerja Wilayah Sarawak dijangka akan membawa masuk pekerja seramai 1,200 orang dimana negara sumber pekerja asing adalah dari Kepulauan Lombok, Indonesia untuk membantu pengeluaran hasil dan pekerjaan am di seluruh Ladang FELCRA Berhad di negeri Sarawak.