Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

9,14-17.11.2024 - SENTUHAN MADANI BERSAMA KOMUNITI FELCRA BERHAD (SEMERBAK)

Dec 2, 2024, 09:31 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

9,14-17.11.2024 - Program Sentuhan Madani bersama Komuniti FELCRA Berhad (SEMERBAK) telah berjaya dilaksanakan di 4 lokasi berbeza bermula 9hb Oktober 2024 di FELCRA Berhad Weng, seterusnya 14hb-17hb Oktober 2024 masing-masing di Pejabat FELCRA Berhad Utara, Lubuk Sireh, Bukit Tampoi & Belimbing Tolak sebagai lokasi pilihan yang terakhir.

Program yang dilaksanakan dengan usahasama di antara Yayasan FELCRA Berhad dan Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Kedah ini mensasarkan Komuniti Peserta dan Staf FELCRA Berhad dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Paduka Ahmad bin Kassim (Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad) diiringi bersama YBhg. En. Zulkifli bin Mamat (Pengarah Negeri FELCRA Berhad Utara) dan En. Nasri bin Nyak Othman (Setiausaha Yayasan FELCRA Berhad).

Program ini bertujuan memberi input penting kepada sesebuah komuniti untuk memahami konsep Madani serta menyediakan ruang dialog diantara pemimpin-pemimpin kerajaan/bukan kerajaan dengan masyarakat awam tentang isu dan cabaran dalam negara pelbagai kaum di Malaysia. Antaranya yang turut terlibat adalah YBhg. Datin Paduka Rohana binti Arshad (Exco Wadah), Puan Roziah binti Abu Bakar (Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan FELCRA Berhad Utara), Ketua-Ketua Unit FELCRA Berhad Utara, Barisan Exco Wadah, Staf Yayasan FELCRA, Peserta-Peserta FELCRA Berhad serta Penceramah Jemputan.
467574499_1001263318709057_5785740239457194183_n
467514235_1001263525375703_4252468612477910162_n