Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

9/5/2021 - Majlis Penyampaian "Mock Cheque” Keuntungan Akhir Tahun 2020 FELCRA Berhad Negeri Kedah

May 19, 2021, 12:11 PM
FELCRA Berhad Wilayah Utara memajukan tanah di Negeri Kedah dengan keluasan 9,565.38 hektar melibatkan 8,567.77 hektar(89%) Tanaman Getah dan 997.61(11%) Tanaman Kelapa Sawit. Terdapat 91 Projek (69 Tanaman Getah dan 22 Projek Tanaman Sawit)
News Source Url : https://www.facebook.com/felcrautara/?_rdc=1&_rdr
Select a news type : Internal News
184062212_2912915565615494_4050701883600296145_n


Majlis Penyampaian "Mock Cheque” Keuntungan Akhir Tahun 2020 FELCRA Berhad Negeri Kedah
Terima kasih YB. Dato' Ustazah Hajah Siti Aishah Ghazali - Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Insan, Kedah yang menerima kunjungan daripada FELCRA Berhad Wilayah Utara.
Terima Kasih juga En. Mat Hassan bin Aziz
Wakil Ketua Peserta Negeri Kedah yang sudi hadir bersama-sama dalam menerima penyerahan "Mock Cheque” Keuntungan Akhir Tahun 2020 kepada peserta Negeri Kedah
Tidak lupa juga Tuan Haji Abdul Malek bin Hashim Pengurus Besar Wilayah Utara dalam mengetuai "team” ke Pejabat Exco Negeri Kedah.
FELCRA Berhad Wilayah Utara memajukan tanah di Negeri Kedah dengan keluasan 9,565.38 hektar melibatkan 8,567.77 hektar(89%) Tanaman Getah dan 997.61(11%) Tanaman Kelapa Sawit. Terdapat 91 Projek (69 Tanaman Getah dan 22 Projek Tanaman Sawit)
Pembayaran keuntungan tahun 2020 bagi negeri Kedah berjumlah RM371,662.48 melibatkan seramai 285 peserta dengan keluasan tanaman 359.24 hektar ( Tanaman Kelapa Sawit ). Bilangan Projek yang terlibat adalah 9 Projek sahaja di bawah Pentadbiran 2 Kawasan iaitu di Bukit Selambau dan Weng.
Interim 1 ( Januari hingga April 2020 ) -RM146,762.49
Interim 2 ( Mei hingga Ogos 2020 ) - RM149,167.81
Bayaran Akhir ( September hingga Disember 2020 ) -
RM75,732.18
Jumlah Keseluruhan : RM371,662.48
Purata pembayaran keuntungan tahun 2020 melibatkan keluasan 359.24 hektar dengan kadar RM1,034.58 sehektar dan RM1,304.08 bagi setiap peserta dengan penglibatan 285 peserta.
Pembayaran lebihan keuntungan akhir rahun 2020 ini melibatkan 4 Projek sahaja( Tanaman Kelapa Sawit ) dengan keluasan 261 hektar. Seramai 117 peserta yang menerima lebihan ini. Peserta akan mendapatkan lebihan keuntungan ini berdasarkan jumlah pegangan hak milik mereka.