9.10.2024 - Lawatan ke projek Usahawan Ternakan Ruminan Encik Abdul Khalid bin Hussain
Nov 8, 2024, 16:23 PM
News Source Url :
Select a news type :
Internal News
9.10.2024 - Lawatan ke projek Usahawan Ternakan Ruminan Encik Abdul Khalid bin Hussain pada 9/10/2024 untuk cadangan permohonan bantuan/geran usahawan bagi RMK13 sebagai meningkatkan pendapatan & naiktaraf kemudahan projek ternakan yang sediaada. Lawatan ini dihadiri oleh Pengurus Kawasan Simunjan Encik Yasir bin Mamat Zambi bersama Ketua Peserta JKKP Projek Simunjan 1, Encik Ismail bin Ali. Turut hadir bersama Pegawai dari Unit Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad Sarawak iaitu Puan Nor Hafiza binti Matnor.
Program penyerahan & lawatan ke projek penerima geran Industri Desa Tahun 2024, Encik Ramlee bin Mokatat, anak peserta Projek Simunjan 1 FELCRA Kawasan Simunjan yang menerima bantuan berbentuk mesin pembajak, anak benih tanaman, baja tanaman dan racun pada 8/10/2024. Bantuan ini telah diserah oleh Pengurus Kawasan, Encik Yasir bin Mamat Zambi bersama Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Peserta Pejabat Pengarah Negeri Puan Nor Hafiza binti Matnor. Semoga program geran Industri Desa ini akan dapat membantu usahawan Bimbingan FELCRA Berhad untuk berkembang pada masa akan datang.
