Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

9.6.2025 - Program Ibadah Korban FELCRA Berhad Negeri Tengah bagi tahun 2025

Jun 17, 2025, 10:39 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

9.6.2025 - Program Ibadah Korban FELCRA Berhad Negeri Tengah bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 9 Jun 2025 bersamaan 12 Zulhijjah 1446H bertempat di FELCRA Berhad Temeris.

Program ini merupakan program tahunan FELCRA Berhad Negeri Tengah bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Tujuan program ini dijalan bagi menyemai nilai-nilai murni seperti semangat pengorbanan, keprihatinan sosial, dan perpaduan dalam kalangan warga kerja FELCRA Berhad serta komuniti setempat.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Penolong Pengarah Negeri, Ketua-Ketua Unit, staf dari Kawasan Temeris serta para peserta. Kehadiran dan kerjasama semua pihak telah menyumbang kepada kelancaran program.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Ibadah Korban FELCRA Berhad Tengah 2025.

506349318_1469064317582326_4035255029605860134_n