Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

Kementerian Pembangunan Luar Bandar mohon peruntukan tambahan susulan penstrukturan

Aug 26, 2020, 13:58 PM
News Source Url : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kementerian-pembangunan-luar-bandar-mohon-peruntukan-tambahan-susulan-penstrukturan-255486?fbclid=IwAR1UQwtdKKIxXvhBhAzz5v4HfllwLNI8MZ2H2AkANefw5b5qoTXaqv5wgg0
Select a news type : Internal News

41589536052_OrangAsliGuaMusang
Belanjawan tambahan dipohon Kementerian Luar Bandar adalah untuk kepentingan masyarakat luar bandar dan Orang Asli. - Gambar hiasan

Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan memohon peruntukan tambahan berjumlah hampir RM1 bilion berikutan penstrukturan kementerian itu pada Mac lepas.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, penstrukturan berkenaan menyaksikan tiga agensi diletakkan di bawah kementerian itu, iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Beliau berkata sebelum ini Jakoa diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala RISDA dan Felcra di berada di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
"Belanjawan tambahan ini adalah untuk kepentingan masyarakat luar bandar dan Orang Asli, jadi saya berharap apabila ia dibentangkan di Dewan Rakyat semua Ahli Parlimen dapat meluluskannya.