Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

17 Oktober 2022 - Perdana Menteri YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, hari ini menyampaikan Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022

Oct 25, 2022, 09:12 AM
Insentif berkenaan disampaikan pada Majlis Ramah Mesra YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Bersama Peserta FELCRA Berhad, Pekebun Kecil RISDA & Warga Orang Asli JAKOA di Arena Merdeka, Tapah, Perak.
News Source Url : https://web.facebook.com/kplbofficial?_rdc=1&_rdr
Select a news type : External News
Perdana Menteri YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, hari ini menyampaikan Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022 berjumlah RM181,599,726.00 yang memberi manfaat kepada 74,949 peserta FELCRA seluruh negara, bayaran dibuat secara berperingkat mulai hari ini.
Di majlis sama, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan Dividen Tanam Semula Komersial (TSK) iaitu satu inisiatif untuk Pekebun Kecil di bawah RISDA. Jumlah dividen sebanyak RM73.2 juta.
Kerajaan juga meluluskan sejumlah RM191 juta Bantuan Musim Tengkujuh melibatkan 232,319 pekebun kecil dengan kadar RM600 yang akan diagihkan pada bulan November dan Disember ini.
Sebagai penghargaan kerajaan Keluarga Malaysia atas jasa dan tenaga Tok Batin serta Penghulu dalam pembangunan dan adat warisan masyarakat Orang Asli, YAB Perdana Menteri mengumumkan pemberian 'one-off' atau sekali beri sebanyak RM1,000 kepada setiap Tok Batin atau Penghulu komuniti Orang Asli di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM624,000.
Insentif berkenaan disampaikan pada Majlis Ramah Mesra YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Bersama Peserta FELCRA Berhad, Pekebun Kecil RISDA & Warga Orang Asli JAKOA di Arena Merdeka, Tapah, Perak.
Turut hadir YAB. Dato' Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan YB. Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Sumber daripada :Facebook Kementerian Pembangunan Luar Bandar

311710715_450775207150983_1580346194426157538_n