Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

15/12/2020 - FELCRA Berhad kini dalam usaha menjemput lebih 2,500 Modal Insan Tempatan untuk menyahut cabaran menjadi Pakar Penuaian di ladang-ladang kelapa sawit seliaan FELCRA Berhad di projek-projek di seluruh Negara.

Dec 23, 2020, 21:15 PM by User Not Found
FELCRA Berhad kini dalam usaha menjemput lebih 2,500 Modal Insan Tempatan untuk menyahut cabaran menjadi Pakar Penuaian di ladang-ladang kelapa sawit seliaan FELCRA Berhad di projek-projek di seluruh Negara.

131320088_2806217979618587_2462378265205585363_o130735280_2806218016285250_2276327951572698363_o

Assalamu'alaikum WRB dan Salam Sejahtera.
Harga Minyak Sawit Mentah (CPO) kini sedang berada di tahap tertinggi berbanding harga dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
Namun begitu, kenaikan harga CPO ini disebabkan oleh kekurangan bekalan CPO di pasaran.
Berikut antara faktor-faktor yang dikesan menyebabkan kekurangan bekalan CPO:-
1) Kekurangan penuaian buah sawit segar di seluruh Malaysia, pengekspot Minyak Sawit Mentah ke-2 terbesar di dunia
2) Yang diakibatkan oleh kekurangan tenaga kerja mahir dalam penuaian, yang rata-ratanya terdiri dari tenaga kerja asing yang berpengalaman dan produktif
FELCRA Berhad kini dalam usaha menjemput lebih 2,500 Modal Insan Tempatan untuk menyahut cabaran menjadi Pakar Penuaian di ladang-ladang kelapa sawit seliaan FELCRA Berhad di projek-projek di seluruh Negara.
Gaji asas RM 1,200 yang setanding dengan kadar pasaran turut akan disokong dengan pelbagai jenis elaun dan insentif produktiviti, dan bagi Pakar Penuaian yang betul-betul komited, mereka dapat membawa pulang RM 4,000 - 5,000 sebulan dengan berbakti kepada tanah bersama FELCRA Berhad.
Tawaran ini terbuka kepada golongan muda berumur 18 - 45 tahun, sihat tubuh badan, mempunyai kudrat sempurna untuk bertugas dengan baik, berkebolehan baik dalam membaca dan menulis, inginkan kemajuan diri dan komited bekerja, serta ada azam untuk berkembang dalam bidang pertanian melalui program-program kemahiran dan pengurusan ladang yang sentiasa terbuka kepada yang berminat.
Kami turut mengalu-alukan permohonan dari Generasi Kedua FELCRA Berhad yang ingin bersama memajukan Projek Peserta iaitu ibu bapa mereka sendiri.
Tawaran juga pastinya terbuka kepada Rakyat Malaysia yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19, dan ingin memulakan kehidupan baru sama ada di Negeri asal mereka, ataupun berhijrah ke Negeri lain.
Jika anda ingin menyahut cabaran ini, hantarkan butiran diri serta maklumat untuk dihubungi ke emel [email protected] sekarang!