Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

19/4/2021 - Kontraktor yang berdaftar dengan FELCRA Berhad, mempunyai kelayakan seperti yang ditetapkan dan berpengalaman dalam menjalankan projek sepertinya dijemput mengambil bahagian dalam Tawaran Tender dilampirkan

Apr 19, 2021, 14:34 PM by redzwan redzwan
Assalamu'alaikum WRB dan Salam Sejahtera. Buat para Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan FELCRA Berhad, mempunyai kelayakan seperti yang ditetapkan dan berpengalaman dalam menjalankan projek sepertinya dijemput mengambil bahagian dalam Tawaran Tender dilampirkan. 1. Penyebutharga hendaklah mengemukakan Sijil Pendaftaran Kontraktor dengan FELCRA Berhad, Sijil Pendaftaran Syarikat dan Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta masih sah tempoh untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen tawaran. 2. Dokumen tawaran yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta bertulis No. BPO berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran seperti di atas sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh yang ditetapkan di alamat berikut : Unit Perolehan, Pejabat Pengurus Besar Wilayah, FELCRA Berhad Wilayah Sarawak, Lot 8387, Blok 59, Muara Tuang Land District Jalan Dato' Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak No. Tel : 082-661766 Kenyataan ini juga terdapat dalam Laman Web FELCRA Berhad : www.felcra.com.my 3. Tawaran yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup akan ditolak dan rayuan tidak akan dipertimbangkan. TARIKH IKLAN : 21 April 2021 (Rabu) TARIKH TUTUP : 4 Mei 2021 (Selasa)

t43