Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

20/3/2021 - Buat para Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan FELCRA Berhad, mempunyai kelayakan seperti yang ditetapkan dan berpengalaman dalam menjalankan projek sepertinya dijemput mengambil bahagian dalam Tawaran Tender

Mar 23, 2021, 12:10 PM by redzwan redzwan
TARIKH IKLAN : 22 Mac 2021 (Isnin) TARIKH TUTUP : 30 Mac 2021 (Selasa)

2303213

Assalamu'alaikum WRB dan Salam Sejahtera.
Buat para Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan FELCRA Berhad, mempunyai kelayakan seperti yang ditetapkan dan berpengalaman dalam menjalankan projek sepertinya dijemput mengambil bahagian dalam Tawaran Tender dilampirkan.
1. Penyebutharga hendaklah mengemukakan
i. Sijil Pendaftaran Kontraktor dengan FELCRA Berhad,
ii. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
iii. Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dalam kod pengkhususan yang berkaitan serta masih sah tempoh untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen tawaran.
2. Syarikat berkelayakan yang berminat untuk menyertai sebutharga ini, boleh mendapatkan Borang Tawaran Sebutharga di Bahagian Perolehan, Ibu Pejabat FELCRA Berhad, Aras 3A, Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur pada waktu pejabat dari 10.30 pagi hingga 1.00 petang.
3. Sila kembalikan Borang Tawaran Sebutharga iaitu Borang Maklumat Penyebutharga, Jadual Harga dan Surat Akuan Pembida pada 30 Mac 2021 (Selasa) sebelum 12.00 tengahari (Tawaran yang lewat akan ditolak dan rayuan tidak akan dipertimbangkan) .
4. Dokumen tawaran yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta bertulis No. SHP berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender D sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh yang ditetapkan di alamat
Bahagian Perolehan, Ibu Pejabat FELCRA Berhad,
Aras 3A, Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang,
Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4145 5181/5264
Kenyataan ini juga terdapat dalam Laman Web FELCRA Berhad : www.felcra.com.my
4. Tawaran yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup akan ditolak dan rayuan tidak akan dipertimbangkan.
TARIKH IKLAN : 22 Mac 2021 (Isnin)
TARIKH TUTUP : 30 Mac 2021 (Selasa)
Kontraktor hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan fizikal sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.