Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

21 Oktober 2022 : Majlis perasmian premis MZ Prawn yang dimiliki oleh Encik Marzuki Bin Simok usahawan bimbingan FELCRA Berhad

Oct 25, 2022, 09:53 AM by redzwan redzwan
Saudara Marzuki yang berasal dari Lundu, Sarawak telah menjadi usahawan bimbingan FELCRA Berhad sejak tahun 2014. Dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam bidang perniagaan, Alhamdullilah pada hari ini beliau telah membuka sebuah lagi premis kolam pancing udang yang terletak di Matang, Sarawak. Pihak pengurusan FELCRA Berhad sentiasa komited dalam membantu untuk membangunkan usahawan-usahawan luar bandar seperti beliau untuk terus maju ke hadapan. "Jatuh Bangkit Kembali" adalah satu kata-kata semangat yang sentiasa dinyatakan beliau dalam menghadapi ujian dan rintangan dan ianya boleh dijadikan sebagai dorongan kepada semua usahawan bimbingan FELCRA yang lain untuk terus berjaya.

21 Oktober 2022 : Majlis perasmian premis MZ Prawn yang dimiliki oleh Encik Marzuki Bin Simok usahawan bimbingan FELCRA Berhad telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik M Zaiful Anuar Bin Zulkifli, Caretaker Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak.
Saudara Marzuki yang berasal dari Lundu, Sarawak telah menjadi usahawan bimbingan FELCRA Berhad sejak tahun 2014. Dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam bidang perniagaan, Alhamdullilah pada hari ini beliau telah membuka sebuah lagi premis kolam pancing udang yang terletak di Matang, Sarawak. Pihak pengurusan FELCRA Berhad sentiasa komited dalam membantu untuk membangunkan usahawan-usahawan luar bandar seperti beliau untuk terus maju ke hadapan. "Jatuh Bangkit Kembali" adalah satu kata-kata semangat yang sentiasa dinyatakan beliau dalam menghadapi ujian dan rintangan dan ianya boleh dijadikan sebagai dorongan kepada semua usahawan bimbingan FELCRA yang lain untuk terus berjaya.
Turut hadir, Encik Vincent John Maja (Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan), Encik Hamzah Bin Yak@Sebeli (Pengurus Pembangunan Peserta), dan Encik Zulmazry Bin Suhaimi (Ketua Unit Kewangan).

312572381_173229045366244_2055159337548468573_n