22 Oktober 2022 - Program Ke Arah Pemurnian Pemilikan Peserta Di Seberang Perak
Oct 25, 2022, 10:01 AM
by
redzwan redzwan
Matlamat program adalah untuk menyelesaikan bayaran agihan kasar bulanan secara on line, pemurnian pemilikan data peserta merangkumi pemilikan tanah, bayaran kewangan dan data raya @ pendigitalan juga bersama dengan bahagian harta pusaka pejabat tanah membantu peserta memahami isu pemilikan dan dapat menyelesaikan bicara kuasa.
22 Oktober 2022 - Sesi petang diteruskan dengan Program Ke Arah Pemurnian Pemilikan Peserta yang telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Mohamad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta & Komunikasi FELCRA Berhad di Dewan Besar FELCRA Seberang Perak.
Matlamat program adalah untuk menyelesaikan bayaran agihan kasar bulanan secara on line, pemurnian pemilikan data peserta merangkumi pemilikan tanah, bayaran kewangan dan data raya @ pendigitalan juga bersama dengan bahagian
harta pusaka pejabat tanah membantu peserta memahami isu pemilikan dan dapat menyelesaikan bicara kuasa.
Sesi soal dialog pembahagian harta pusaka bersama peserta turut disampaikan oleh Encik Suriady bin Suait, Penolong Pengarah Unit Pembahagian Pusaka, Perak Barat Laut Kerian.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg Tuan Yusoff bin Razali, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Perak dan YBhg Tuan Mohamad Rusli bin Bahari, Timbalan Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Seberang Perak.
