Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

23 Oktober 2022 - Program Ke Arah Pemilikan Rumah Mampu Milik Rumah Gen-2

Oct 25, 2022, 09:59 AM by redzwan redzwan
FELCRA Berhad telah berkerjasama dengan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan memberikan taklimat yang berkaitan pengurusan kewangan keluarga. Melalui AKPK juga , pembeli dapat melakukan semakan Central Credit Reference Information System (CCRIS).

23 Oktober 2022 -  YBhg. Tuan Mohammad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta & Komunikasi FELCRA Berhad telah merasmikan Program Ke Arah Pemilikan Rumah Mampu Milik Rumah Gen-2 Taman FELCRA Jaya Fasa 2 di Dewan Besar Bandar Baru FELCRA Seberang Perak pada pagi ini.
Program ini dilaksanakan bagi memberi fokus kepada kategori pembeli yang mempunyai masalah membuat pinjaman dan pembeli yang bekerja sendiri.
FELCRA Berhad telah berkerjasama dengan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan memberikan taklimat yang berkaitan pengurusan kewangan keluarga. Melalui AKPK juga , pembeli dapat melakukan semakan Central Credit Reference Information System (CCRIS).
FELCRA Berhad juga bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi menawarkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Program ini turut dihadiri oleh YBhg Tuan Yusoff bin Razali, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Perak dan YBhg Tuan Mohamad Rusli bin Bahari, Timbalan Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Seberang Perak.

307038856_455109166717587_5985440721713260731_n
312666655_455108896717614_6136405674634460618_n