Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

4/2/2021 -kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif, dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Eksekutif Pentadbiran (Penjaga Stor) Gred A&T2.

Mar 4, 2021, 13:17 PM by redzwan redzwan

Assalamualaikum w.b.t
FELCRA Berhad merupakan sebuah Syarikat Milik Kerajaan (GOC) yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Syarikat, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif, dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut
Jawatan :
Penolong Eksekutif Pentadbiran (Penjaga Stor) Gred A&T2
Lokasi : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
CARA-CARA MEMOHON:
Borang permohonan FELCRA Berhad adalah WAJIB diisi dan boleh diperolehi menerusi laman web https://tinyurl.com/h364we68 atau datang terus ke Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Aras 4, Wisma FELCRA.
Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut:-
FELCRA BERHAD
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(u.p:- Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2021