Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

seorang usahawan perlu ada kegagalan dalam hidup atau kesusahan sebagai pemangkin atau semangat dan motivasi untuk terus berjaya dalam kehidupan

Nov 16, 2020, 14:57 PM by User Not Found
beliau adalah salah seorang usahawan FELCRA Berhad yang terpilih untuk menerima geran Bantuan Premis Perniagaan berjumlah RM50,000.

1 3  2 

DARI PULAU BANGGI KE ONE BORNEO HYPERMALL
INSPIRASI FELCRA

Usaha tangga kejayaan itulah peribahasa yang paling sesuai digunapakai kepada anak muda kelahiran Pulau Banggi, Kudat Sabah. Cik Esniah ataupun Esniah Binti Musli dilahirkan pada tahun 1981 merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Berlatar belakang sebagai anak nelayan yang hidup di kawasan persisiran pantai, dengan rumah kayu yang didudukinya serba kekurangan tanpa kelengkapan rumah yang selesa. Namun itu bukanlah penghalang bagi beliau untuk terus maju berjaya.

Berinspirasikan ibunya yang juga seorang pembuat kek dan kuih pada tahun 2010, beliau telah membuka kedai kek secara kecil-kecilan didaftarkan perniagaan sebagai Awan Dania dengan bermodalkan RM5,000 dari hasil pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Pada tahun 2018, beliau adalah salah seorang usahawan FELCRA Berhad yang terpilih untuk menerima geran Bantuan Premis Perniagaan berjumlah RM50,000. Dengan bantuan ini, beliau dapat membelanjakan modal dengan penyewaan kios jualan dilengkapi dengan peralatan membuat kek termasuk sebuah mesin pengadun tepung, mesin membakar kek dan dua buah peti sejuk untuk penyimpanan kek di pusat membeli-belah One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. Selari dengan nama perusahaannya beliau tidak hanya berhenti di sini sebaliknya terus meluaskan empayarnya dengan membuka satu cawangan yang baharu di Daerah Tuaran. Berpegang pada kata-kata beliau:

“seorang usahawan perlu ada kegagalan dalam hidup atau kesusahan sebagai pemangkin atau semangat dan motivasi untuk terus berjaya dalam kehidupan”

Beliau berpesan kepada generasi muda untuk mendapatkan sesuatu kejayaan harus tanamkan samangat yang tinggi dan sifat tidak putus asa. Manakala jika memilih untuk menjadi seorang usahawan, haruslah mempunyai jati diri yang kuat serta meletakkan minat yang tinggi agar apa yang kita impikan menjadi kenyataan. InshaAllah.