Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

LENSA FELCRA

Majlis Sepetang Bersama YB Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

Dec 8, 2020, 10:11 AM by Majlis Sepetang Bersama YB Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
FELCRA Berhad telah menganjurkan Majlis Sepetang Bersama YB Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada 5 Disember 2020, bertempat di Dewan Mukim Daik, Kg. Kuala Lanar, Kuala Lipis, Pahang. Majlis ini merupakan lawatan kerja rasmi YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Haji Mohamed dalam usaha merapatkan tali silaturrahim bersama masyarakat luar bandar. Kedatangan YB Timbalan Menteri 1 dan rombongan telah disambut oleh YBhg. Tuan Haji Nor Zahari Zakaria, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Pahang selaku wakil pengurusan FELCRA Berhad. Di dalam Majlis ini, YB Timbalan Menteri 1 turut menyampaikan sumbangan prihatin kepada Warga Peserta-Peserta di daerah tersebut. Projek FELCRA Berhad Kawasan Sungai Pengawal merupakan projek pembangunan yang telah dimajukan oleh FELCRA Berhad bermula pada tahun 2016. Projek ini mempunyai keluasan 261 hektar dan dibangunkan dengan tanaman getah, bertujuan memberi impak pembangunan dan mensejahterakan kehidupan 193 orang Peserta.
Back to all videos