Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

Cara-cara membolehkan seseorang menjadi peserta FELCRA Berhad:

Menyerahkan tanah milik di mana lot-lot lain adalah berdekatan yang mempunyai keluasan sekurang-kurang 100 Hektar;

Melalui pengisian borang menjadi perserta tanah berkelpmpok (GSA) sekiranya terdapat pengambilan peserta baru;

Melalui kelulusan daripada Kerajaan Negeri di mana tanah yang dikurniakan telah dimajukan oleh FELCRA Berhad.

Melalui tingkat peringkat pengurusan iaitu:
  1. Pejabat Kawasan
  2. Pejabat Wilayah
  3. Ibu Pejabat
Keuntungan diagihkan kepada peserta berdasarkan pendapatan setelah ditolak kos pengeluaran yang dikira sebanyak 3 kali setahun iaitu:
  1. Interim 1 (hasil sehingga April)*;
  2. Interim 2 (hasil sehingga Ogos)* dan;
  3. Bayaran akhir (hasil sehingga Disember)* mengikut tahun

* tertakluk kepada kelulusan bayaran oleh ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad.

Kelayakan asas bagi membolehkan JKKP ditubuhkan di peringkat Pengurusan Kawasan adalah melibatkan projek/ladang yang dimajukan oleh FELCRA Berhad dan mempunyai peserta.

Syarat keahlian JKKP adalah memiliki tanah yang dimajukan oleh FELCRA Berhad dan menjadi peserta FELCRA Berhad.

Mesyuarat Agung JKKP diadakan setiap dua tahun sekali dan perlantikan ketua peserta dan Ahli Jawatankuasa JKKP dipilih secara undian.

AJKKP berperanan dalam urusan rundingan, perbincangan & mengemukakan pandangan perkara-perkara berkaitan pembangunan ladang, masyarakat peserta & mengeratkan hubungan peserta-FELCRA Berhad.

JKKP memainkan peranan melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan peserta yang bersesuaian dan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Peserta dan Mesyuarat Bulanan AJKKP.

Contohnya; mewujudkan Skim Khairat Kematian, Derma/Sumbangan, Saguhati Pendidikan dan lain-lain aktiviti kebajikan yang diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Peserta.

KPR ditubuhkan mengikut Kawasan dan setiap peserta di Kawasan berkenaan layak menjadi anggota koperasi yang ditubukan di Kawasan tersebut.