Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

Bayaran Consolidated Annual Charge (CAC) ialah Bayaran Tahunan Yang Disatukan yang dibayar kepada Kerajaan Negeri khas untuk Tanah GSA ( Kawasan Tanah Berkelompok ) 1960. FELCRA Berhad akan mendahulukan bayaran tersebut melalui akaun P & L projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. (Kompenan bayaran melibatkan sewa/cukai tanah dan premium tanah dan bayaran ukur jika tidak melibatkan Juruukur Berlesen).

Bayaran Premium ialah bayaran yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Notis 5A untuk memilik tanah mengikut kadar semasa harga tanah yang dinilai?

Cukai Tanah ialah bayaran yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri secara tahunan bagi setiap hakmilik tanah. Ianya mesti dijelaskan sebelum 31 Mei setiap tahun.

Bagi permohonan untuk menarik diri dari menjadi peserta, peserta perlu berurusan dengan Pejabat Kawasan berkaitan. Tindakan yang perlu dilakukan ialah:
  1. Mengisi Borang Tarik Diri Peserta (BTD01)
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Suratan Hakmilik Tanah
  4. Menyelesaikan Kos pembangunan, hutang semasa dan hutang tertunggak (yang boleh diperolehi daripada Bahagian Kewangan Ibu Pejabat)

FELCRA Berhad telah terlibat dalam pembangunan perumahan Bina Negara untuk warga pesertanya setelah diluluskan polisi berkaitan pembinaan rumah warga peserta menerusi Mesyuarat EXCO FELCRA Berhad, Bil. 5/2013 yang telah berlangsung pada 23 Mei 2013 dan telah diperakukan menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah FELCRA Berhad, Ke-139/2013 pada 1 Ogos 2013.

  1. Kuota Pembelian Rumah
    Syarat-syarat bagi membolehkan anak-anak peserta untuk memiliki rumah mampu milik yang telah dan akan dibina oleh FELCRA Berhad adalah sepertimana di bawah;
    1. Satu (1) orang anak peserta dari setiap keluarga peserta di lokasi penempatan FELCRA Berhad yang terlibat dengan pembinaan rumah untuk Generasi Kedua akan ditawarkan untuk membeli satu (1) unit rumah.
    2. Calon untuk pembelian rumah adalah terbuka kepada semua anak peserta khususnya yang telah berkeluarga. Sekiranya terdapat lebih daripada satu (1) orang calon dari sebuah keluarga yang memenuhi kelayakan dari segi kewangan untuk pembelian rumah, Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Rumah Bina Negara FELCRA
      Berhad akan memilih dan memperakukan hanya satu (1) orang sahaja calon yang berkelayakan untuk meneruskan proses pembelian rumah dengan Panel Bank yang telah dilantik.
    3. Sekiranya terdapat tiada anak peserta dari sebuah keluarga yang memenuhi kelayakan dari segi kewangan untuk memperolehi pembiayaan dari pihak Panel Bank, maka tawaran dan peluang kuota tersebut akan terbuka kepada anak-anak peserta lain yang berkelayakan dari kalangan keluarga peserta khususnya yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang memenuhi kelayakan kewangan.

  2. Kriteria Pemilihan Pembeli Rumah Bina Negara
    Kriteria pemilihan calon pembeli Rumah Bina Negara warga peserta adalah sepertimana berikut;
    1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, keutamaan kepada calon yang telah berkeluarga. Anak peserta yang berstatus ‘bujang’ (belum berkeluarga) berusia lebih daripada 40 tahun boleh diberi pertimbangan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Rumah Bina Negara FELCRA Berhad.
    2. Anak peserta (generasi kedua) dari kalangan peserta yang ibu bapanya adalah peserta di penempatan FELCRA Berhad berkenaan.
    3. Berpendapatan tetap atau berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan, bekerja sendiri, usahawan desa dan/ pekerja rencam (pelbagai).
    4. Pembelian rumah ini adalah merupakan pembelian kali pertama untuk rumah kediaman.
    5. Calon berpendapatan kasar minima RM1,000.00 sebulan.
    6. Memperolehi perakuan dan pengesahan daripada Pengurus Kawasan, Ketua Peserta/Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP) atau Penghulu (jika perlu).
    7. Mengemukakan dokumen bukti pekerjaan sendiri/perniagaan seperti Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan dan sebagainya yang berkaitan.
    8. Mengemukakan dokumen-dokumen sokongan lain seperti akaun simpanan, akaun Saham Amanah dan sebagainya (jika ada/bersesuaian).
Rumah Bina Negara yang telah dan akan dibina untuk Generasi Kedua akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur asas yang lengkap bagi mencetuskan kualiti hidup yang lebih dinamik untuk masyarakat di luar bandar. Komponen infrastruktur yang dibina adalah sepertimana di bawah;
  1. Penyediaan jalan dalam kawasan perumahan.
  2. Pembinaan Sistem Bekalan Air dan Elektrik.